Monday, May 4, 2009

NOTA

KOLAM DAN REKREASI AIR

TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA KOLAM DAN REKREASI AIR
KOLAM RENANG


Definasi Kolam Renang
-“ Any structure, basin, chamber or tank containing artifial body of water for swimming, diving or recreational bathing and having a depth of two feet or more at any point “ ( Freedman, 1977, Sanitarian Handbook )

Pengenalan Kolam Renang
-Pengurusan dalam kolam renang mempunyai 3 kompenan utama iaitu recirculation (sistem pusingan semula air), filtration (penapisan) dan water chemistry (bahan kimia).

Kenapa Perlu Pengurusan Kolam?
-Melibatkan orang awam
-Memastikan berfungsi dengan baik
-Selamat digunakan
-Bebas dari jangkitan
-Aspek kebersihan
-Aspek kesihatan
-Estatika

Istilah-istilah Kolam Renang
i. Algae
-Tumbuhan akuatik yang ditemui dalam kolam renang samada di atas atau di bawah permukaan air.
-Wujud dalam pelbagai bentuk dan warna( cth :-hijau, biru-hijau, hitam, coklat, coklat kemerahan, dan kuning) dan memerlukan cahaya matahari.
-Menyebabkan kekeruhan pada air kolam dan permukaan licin.

ii. Alum (Tawas)
- kompaun aluminium yang dicampurkan dalam kolam renang untuk menghasilkan floc dalam sand filter

iii. Backwash
-Pembalikkan (reverse) aliran air melalui sand filter untuk tujuan pembersihan.
iv. Bather load (Beban Pengguna)
-Kepadatan atau beban pengguna yang boleh masuk dalam satu-satu masa ke dalam kolam renang
-Mengikut formula tertentu

Max. Bathing load = D + S
2.32 0.96
di mana
D = luas permukaan (m) kolam renang(dalam melebihi 1.4 m)
dan
S = luas permukaan (m) kolam renang(dalam kurang atau sama dengan 1.4 m)

v. Oxidation (Oksidasi)
-Suatu proses kimia yang mengeluarkan sisa organik seperti minyak badan, lotion dan peluh dari kolam renang

vi. Disinfection (Penyahjangkitan)
-suatu proses di mana pemusnahan organisma yang memberi kesan mudarat kepada manusia
-Organisma yang dimaksudkan adalah patogen seperti bakteria, fungi, virus dan sebagainya.

vii. Cholorine Demand (Permintan klorin)
-merujuk kepada jumlah klorin yang diperlukan untuk menghapuskan bakteria, algae, organik oksidasi (oxidize organik) dan juga bahan bukan organic (inorganic material) di dalam air sebelum active chlorine residual (lebihan klorin aktif) boleh dicapai.

viii. Chlorine Residual (Lebihan Klorin)
-Jumlah klorin yang tinggal di dalam kolam renang selepas permintaan klorin (chlorine demand) dicapai.
-Lebihan klorin wujud dalam bentuk klorin bebas- free available chlorine (FAC), klorin gabungan- cambined available chlorine (CAC), dan jumlah klorin- total available chlorine (TAC).

ix. Free Available Chlorine (Klorin Bebas)
-Klorin yang wujud dalam air dalam bentuk hypochlorous acid (HOCL) dan hyphochlorite ion (OCI-)
-FAC melakukan keseluruhan tindakan untuk disinfeksi (disinfecting) dan oksidasi (oxidizing)

x. Combined Available Chlorine (CAC) - Klorin Gabungan
-Merujuk kepada klorin yang lemah untuk menghapuskan bakteria dalam kolam renang
-Klorin yang bergabung dengan kompoun nitrogen (biasanya ammonia dari peluh dan urine) atau kompoun organik yang membentuk chloromines.

xi. Chloromines
-Hasil dari tindakbalas klorin dengan kompoun nitrogen.
-Menyebabkan masalah kepada penyelenggaraan kolam renang termasuk air yang keruh.
-Kadar untuk penghapusan bakteria adalah 2% berbanding FAC(klorin bebas-hypochlorous acid)
-Penyumbang utama iritasi kepada mata, kulit.
-Menghasilkan bau klorin yang selalu diadu oleh pengunjung ke kolam renang

xii. Total Available Chlorine (TAC)
-Juga dipanggil sebagai jumlah klorin
-Merujuk kepada jumlah bagi FAC dan CAC

TAC = FAC + CAC

xiii. Breakpoint Chlorination
-Merujuk kepada proses di mana mencampurkan klorin ke dalam air pada dos yang tinggi untuk mengoksidasikan bahan organik dan memusnahkan chloromines.
-Breakpoint akan tercapai apabila memasukkan klorin 10 kali ganda berbanding kepekatan CAC

xiv. Cynuric Acid
-Warna putih kristal
-Digunakan bersama gas klorin
-Bukan sebagai disinfeksi tetapi sebagai penstabil untuk klorin dalam air kolam
-Dalam suatu kolam renang yang mempunyai kapasisi air 200,000 L air, 10 kg cynuric acid digunakan bersamaan 50ppm.

xv. Recirculation system
-Faktor utama dalam pengurusan kualiti air kolam renang.
-Tujuan sistem adalah untuk menyediakan kebersihan secara fizikal dan selamat dari segi biologikal kepada pengunjung ke kolam renang.
-Akan diterangkan secara mendalam topik akan datang

xvi. Filtration (Penapisan)
-Untuk memastikan kolam bebas dari hasil sisa (debris)

REKREASI AIR
-Definasi tempat rekreasi air ialah kawasan-kawasan air terdapatnya aktiviti rekreasi manusia dijalankan saperti perkelahan, berenang, “jet sking” di tempat saperti :
*Pantai awam
*Tasik dengan kemudahan
rekreasi
*Kawasan air terjun
*“Theme parks” eg Sunway
Lagoon, Desa Theme Parks
*Kawasan berkhemah
*Kawasan “Water Rafting”

TOPIK 2 : PENYAKIT BERJANGKIT YANG BERKAITAN DENGAN KOLAM

Agen-Agen Infeksi Penyakit Berjangkit
-Bakteria
-Virus
-Protozoa
-Kulat

-Sebaran jangkitan itu sendiri adalah disebabkan oleh pengguna yang menggunakan kolam (sumber sebaran penyakit)
-Pengguna yang bermasalah akan
menyebarkan jangkitan kepada pengguna yang lain.
-Agen infeksi penyakit pada manusia disebarkan daripada kecederaan, luka,mata, mulut, hidung dan dari bahagain
usus.

Penyakit Dan Organisma Yang Dijumpai Dalam Badan Manusia
-Konjuktivitis (radang membran pada mata)
-Nanah
-Kurap
-Bisul
-Air liur/ludah (1 billion organima/gram)
-Hingus ( 35,000 mikroorganisma per hembus)
-Disebalik pakaian mandi/trunks mempunyai jumlah tinggi organisma dan bahan organic

Kaedah-Kaedah Jangkitan Penyakit Berjangkit
1) Sentuhan dengan orang lain eg. “pink eyes”
2) Sentuhan dengan air kolam yang tercemar
eg.Pseudomonas aeruginosa
3) Terminum air kolam yang tercemar eg. Cryptosporidium protozoa
4) Menyedut titisan air kolam whirlpools/ spas yang tercemar eg. Bakteria Legionellae pneumophila
5) Sentuhan dengan alat peralatan yang tercemar spt.lantai, tuala,eg. Atheles foot(fungi )

1. Sentuhan Dengan Orang Lain
-Agen jangkitan boleh
disebarkan/dipindahkan daripada
seseorang kepada orang lain melalui sentuhan.
-Contohnya, seseorang budak A yang mempunyai masalah “pink eyes” akan memindahkan virus kepada budak B lain apabila tersentuh antara satu sama lain. Apabila budak B mengusap mata virus akan tersebar dan jangkitan ini berlaku.

2. Sentuhan Dengan Air Kolam Yang Tercemar
-Seseorang yang berada di dalam kolam renang yang tercemar akan mendapat penyakit kulit.
-Contohnya, kolam renang yang tidak disinfeksi dengan betul mungkin mengandungi bakteria Pseudomonas aeruginosa. Hasilnya seseorang yang masuk ke dalam air tercemar terdedah
pada bakteria ini dan akan mendapat ruam kulit.

3. Terminum Air Kolam Yang Tercemar
-Agen infeksi boleh berjangkit apabila seseorang tertelan air yang tercemar dari kolam renang.
-Contohnya, seorang budak pembawa Cryptosporidium protozoa mengalami luka di dalam kolam renang. Jika
Cryptosporidium oocysts (macam sporasel protozoa) dari luka ditelan oleh perenang lain, mereka juga dijangkiti cryptosporidiosis.

4. Menyedut Titisan Air Kolam Whirlpools/Spas Yang Tercemar
-Seseorang yang menyedut udara dari kolam renang(titisan air) yang tercemar akan mendapat sakit.
-Titisan air yang tercemar mungkin mengandungi bakteria Legionellae pneuphila.
-Bakteria merbahaya dari kitaran air kolam boleh disebarkan ke udara. Seseorang yang menyedut udara yang tercemar akan mendapat penyakit Legionnaires’

5. Sentuhan Dengan Peralatan Yang Tercemar
-Agen penyakit boleh disebarkan melalui tersentuh dengan peralatan, benda, bahan – yang tercemar.
-Pool deck( lantai tepi kolam) boleh tercemar dengan athlete’s foot fungi.
-Seseorang yang melalui bahagian ini tanpa menggunakan alas kaki mudah
untuk mendapat jangkitan.

Cara Penyebaran Agen Jangkitan Ke Kolam Renang:
i. Manusia

1. Sumber
-luka dan cedera tercemar
-Hingus(hidung) dan kerongkong(air liur/ludah)
-Rembesan mata
-Bahan fecal
2. Agen
-Bakteria, virus, fungus, protozoa
3. Cara Jangkitan
-Tersentuh dengan air dan titisan kolam tercemar
-Tertelan/terminum air dan titisan kolam tercemar
-Tersentuh bahan, benda, perlatan tercemar
4. Penyakit
-Jangkitan kulit
-Jangkitan mata, telinga,
Dan kerongkong
-Jangkitan pernafasan

ii. Persekitaran
1. Sumber
-Tanah dan air
2. Agen
-Bakteria, virus, fungus, protozoa
3. Cara Jangkitan
-Menghidu/menyedut udara
tercemar
4. Penyakit
-Jangkitan usus

Jenis-Jenis Penyakit Yang Boleh Berjangkit Melalui Kolam
1) Jenis Infeksi
2) Penyakit dan agen
3) Tanda-tanda penyakit
4) Cara jangkitan

JENIS INFEKSI
1. Jangkitan kulit
2. Jangkitan mata, telinga, dan kerongkong
3. Jangkitan saluran pernafasan 4. Jangkitan saluran usus
5. Jangkitan darah

1. Jangkitan Kulit
a) Pseudomonas folliculitis
i. Pengenalan
-Pseudomonas folliculitis disebabkan oleh
bakteria Pseudomonas aurugionosa.
-Dijumpai pada kulit, dan air.
-Menyebabkan ruam(rashes) pada kulit seperti chicken pox dan gatal-gatal.
-Outbreak berlaku dalam 8 – 48 jam dan biasanya hilang dalam 3 – 7 hari.
-Biasa dijumpai pada bahagian liputan baju mandi
-Selain ruam bakteria Pseudomonas dalam kolam renang juga menyebab masalah
lain jangkitan telinga, kerengsangan mata, sakit tekak, kepenatan, masalah tidur, kekejangan otot perut dan diarrhoea.
ii. Faktor-faktor
-Suhu yang sesuai pertumbuhan bakteria di antara 38oC – 40oC.
-Lebihan bahan disinfeksi.
-Bather load(jumlah pengguna) tinggi. Sisa dihasil juga tinggi.
-Suhu tinggi hasilkan pengwapan kurangkan kesan disinfeksi
-Pseudomonas aurugionosa pada air tenang. Mesin pam yang ditutup.
-Sistem pertahanan pada kulit
rendah/lemah.
iii. Kes :-
-Pada Julai 1989, British Colombia 6 orang menggunakan kolam renang tercemar terkena ruam(rashes) pada bahagian
abdomen, ketiak dan punggung terbentuk selepas 24-48 jam.
-Dua daripada mereka hilang ruam selepas 4 – 5 hari.
-Selebihnya masih ada ruam selepas 2 bulan
-Punca disebabkan oleh penggunaan produk berasaskan bromin dan tidak dirawat sepenuhnya. Menghasilkan Pseudomonas folliculitis.

b) Penyakit Kulit, Bisul, dan Staphylococcal folliculitis.
i. Pengenalan
-Disebabkan oleh sejenis bakteria Staphylococcus ureus.
-Jangkitan pada satu bahagian kulit atau tersebar keseluruhan kulit
-Saiz sebesar jerawat atau saiz dari kurang 1mm diameter hingga I cm diameter.
-Setiap bintik mengandungi berjuta bakteria Staphylococcus aureus
-Simptom wujud biasanya 4 – 10 hari pendedahan.
-Pendedahan secara terus dan luka kepada kolam renang yang tercemar mudah dijangkiti bakteria.

c. Athlete’s foot( Trichophyton and Epidermophyton species), kurap (Microsporum and Trichophyton species), dan ketuat.
i. Pengenalan.
-Athlete’s foot disebabkan oleh fungi. Kaki yang pecah dan merekah.
-Kelembapan meningkatkan jangkitan.
-Terdedah kepada lantai kolam, bilik mandi dan lantai tanpa alas kaki sebarkan fungi.
-Kurap(ringworm) bentuk seperti cincin pada kulit.
-Disebabkan oleh fungi.
-Terdedah pada luka atau lantai,bangku,tuala yang tercemar.
-Ketuat bentuk seperti luka dan saiz mencecah 1 cm diameter.
-Dijumpai pada satu bahagian kaki.
-Terdedah pada lantai tercemar.
-Terbentuk selepas 2- 3 bulan terdedah pada virus

2. Jangkitan Mata, Telinga, dan Kerongkong
a) Jangkitan mata (Konjuktivitis)
i. Pengenalan
-Konjuktivitis ( mata merah, mata melekit, konjuktivitis kolam renang)
-Disebabkan oleh sejenis bakteria Haemophilus influenza dan adenovirusses.
-Menyebabkan mata rasa gatal, bengkak pada mata.
-Simtom muncul selepas 12 jam – 12 hari selepas pendedahan.
-Dijangkiti disebabkan oleh disinfeksi kolam yang kurang/lemah, benda tercemar, dan tersentuh secara terus dari air terdedah dari mata yang telah dijangkiti.

b) Jangkitan telinga
-Disebabkan oleh organisma seperti Pseudomonas aeruginosa.
-Air kolam yang tercemar akan menjangkiti bahagian telinga.
-Menyebabkan inflammation ( kemerahan) pada bahagian luar saluran telinga. Selain itu menyebabkan kesakitan,bengkak dan demam boleh berlaku.

c) Jangkitan kerongkong
-Disebabkan oleh sejenis bakteria
Stertococcai.
-Menyebabkan tonsillitis.
-Bakteria (air kolam tercemar – disinfeksi lemah)memasuki melalui mulut dan hidung
-Simptom muncul selepas 1 – 3 hari pendedahan.

3. Jangkitan Saluran Pernafasan
a) Jangkitan Legionnaires.
-Disebabkan oleh sejenis bakteria Legionellae pneumophila.
-Tersebar melalui menyedut / bernafas titisan air di udara yang tercemar dengan bakteria
-Simtom adalah pneumonia (radang paruparu), kekejangan otot, kepenatan, pening kepala, demam, kesejukkan, batuk-batuk, sakit bahagian dada(abdomen) dan diarrhoea
-Boleh menyebabkan kematian jika tahap sistem imunisasi yang lemah.
-Simtom akan muncul dari 2 – 10 hari selepas terdedah pada bakteria

b) Pontiac fever
-Sama seperti Jangkitan Legionnaires tetapi lebih berbentuk sederhana.
-Disebabkan oleh bakteria yang sama.
-Menyebabkan demam, pening kepala dan sakit otot-otot seperti demam selsema

c) Mycobacterioses
-Disebabkan oleh organisma Mycobacterium avium – intracellular
-Disebar melalui udara.
-Menyebabkan masalah pada paruparu, buah pinggang, kulit dan saluran limfa.

d) Masalah pernafasan
-Disebabkan oleh adenovirus yang berkaitan dengan kolam renang.
-Disebarkan melalui titisan dari hasil batuk atau bersin atau berhubung dengan sumber tercemar melalui udara.
-Menyebabkan batuk, demam, kesejukkan, dan kepenatan.
-Tempoh adalah dari 1 – 10 hari pendedahan

4. Jangkitan Saluran Usus
a) Cryptosporidiosis
i. Pengenalan
-Disebabkan oleh protozoa jenis Cryptosporidium.
-Dijumpai pada manusia, kambing, biri-biri, lembu, kucing, anjing, musang, memerang, arnab dan tupai.
-Agak unik kerana membentuk seperti “spora” dipanggil oocysts.
-Boleh hidup pada persekitaran luar 2 – 6 bulan
-Air kolam tercemar yang mengandungi oocysts jika tertelan sebanyak 10 – 100 oocysts boleh menyebabkan penyakit
-Setelah tertelan ianya masuk ke dalam usus dan jadikan sebagai hos. Membentuk sporozoites di mana akan menyerang dinding dan sel usus.
-Menyebabkan kekejangan perut, diarrhoea, loya, muntah dan turun berat badan.
-Menyebabkan kematian jika imun sistem badan rendah(pesakit AIDS ie.)
-Cryptosporidium oocysts adalah mempunyai ketahanan sangat tinggi terhadap disinfeksi klorin.
-Malahan organisma yang paling susah dimusnahkan di dalam kolam renang
-Rekod menunjukkan di kolam renang dekat Vancouver, British Colombia. Untuk memusnahkan Cryptosporidium oocysts mereka memerlukan 80 ppm free available clorine (FAC) selama 90 minit pada sistem kitaran semula. Filter sand diganti dan bahagian lain perlu dibersih dengan cara steam(diwap).

b) Giardiysis (Beaver fever)
-Disebabkan oleh sejenis protozoa Giardia cysts.
-Tahan pada persekitaran – dalam air suhu sejuk selama berminggu hingga berbulan
-Tertelan bilangan 10 – 100 Giardia cysts boleh mendatangkan sakit.
-Setelah tertelan, di dalam usus ia akan bertukar kepada trophozoites
-Tropozoites hanya boleh hidup dan membiak(belahan sel) jika ada hos. Tidak boleh membiak persekitaran luar tetapi boleh hidup tempoh yang lama.
-Tertelan bilangan 10 – 100 Giardia cysts boleh mendatangkan sakit.
-Setelah tertelan, di dalam usus ia akan bertukar kepada trophozoites
-Tropozoites hanya boleh hidup dan membiak(belahan sel) jika ada hos. Tidak boleh membiak persekitaran luar tetapi boleh hidup tempoh yang lama.
-Tropozoites akan menyerang bahagian dinding usus menyebabkan mangsa mendapat diarrhoea, hilang selera makan, keletihan muntah, loya, dan turun berat badan.
-Simtom wujud biasanya 4 – 30 hari selepas infeksi.

c) Gastroenteritis
-Disebabkan oleh virus Norwalk.
-Menyebabkan diarrhoea, muntah, loya, kekejangan dada, demam, sakit kepala, dan pening.
-Simtom wujud selepas 24 -48 jam pendedahan.

5. Jangkitan Darah
a) Hepatitis B dan Hepatitis C.
-Dijumpai di dalam darah dan cecair badan penghidap.
-Menyebabkan loya, muntah, ruam, dan demam kuning
-Simptom muncul selepas berminggu – berbulan pendedahan.
-Pemindahan berlaku apabila luka yang terdedah kepada jangkitan darah.
b) AIDS
-Setakat tidak ada lagi menunjukkan jangkitan HIV melalui air.
-Tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil ketika sentuh pesakit AIDS yang mempunyai luka.

TOPIK 3 : GARISPANDUAN UNTUK REKABENTUK DAN STRUKTUR KOLAM RENANG

Langkah-Langkah Kesihatan dan Keselamatan Untuk Kolam
1. Orang yang berpenyakit tidak boleh berkerja di kolam – pekerja hendaklah disahkan oleh Pegawai Kesihatan.
2. Orang yang berpenyakit berjangkit / berluka tidak boleh berada di kolam.
3. Pengunjung tidak dibenarkan membawa barang-barang merbahaya – cth :- pisau, kaca, bahan kimia, dsb di kolam renang
4. Kemudahan seperti telefon, alat penampung, kotak kecemasan (peralatan, dressing, bandage, dan antiseptic) - haruslah disediakan dan berfungsi dengan baik.
5. Sediakan papan tanda yang jelas dan ditempat yang strategic seperti abjad yang digunakan biar jelas, minimum fond adalah 2.5cm tinggi (besar lagi baik), latarbelakang yang contrast, dan pengendali kolam kena sedia papan tanda tentang peraturan kolam.

-Di antara peraturan-peraturan kolam yang perlu ada tanda adalah :
i. Menyelam
ii. Chewing gum
iii. Makanan
iv. Tanda haluan perenang
v. Tiada alcohol
vi. Jangan berlari di deck
vii. Rehat ketika penat

6. Pengunjung digalakkan mandi sebelum masuk ke kolam renang – untuk membersihkan diri.
7. Penyelamat (lifeguard) sentiasa berada, memerhati dan bersedia segala kemungkinan semasa pengunjung menggunakan kolam renang (Kerusi setinggi sekurang-kurangnya 1 meter disediakan untuk penyelamat membuat pantauan)
8. Alat pelampung untuk menyelamat diikat degan tali sekurang-kurangnya panjang menyamai lebar kolam.
9. Kayu galah (bukan jenis konduktor) untuk menyelamat sekurang-kurangnya 3.6 meter panjang.
10. Bagi kolam jenis separuh awam (semi-public) tiada penyelamat (peralatan keselamatan mesti ada).
11. Tidak boleh melebihi “bather load” yang telah ditentukan iaitu i. Shallow water (Bawah 1m)
-1 bather per 2m2
ii. Standing depth water (1-1.5m)
-1 bather per 2.5m2
iii. Deep water (> 1.5m)
-1 bather per 3.5m2
12. Bahan-bahan yang digunakan untuk kolam haruslah yang tidak tosik, tidak bertindak balas , licin dan boleh menahan muatan yang dijangka.
13. Rekabentuk harus memudahkan pusingan air di kolam.
14. Lantai jenis pasir/ tanah tidak dibenarkan.
15. Tanda-tanda ketinggian didinding harus jelas.
16. Kolam berasingan untuk kanak-kanak.
17. Pengawasan terhadap parameters saperti pH, RCL,TDS dan kandungan organisma mikro.

Garispanduan Rekabentuk dan Struktur Kolam
1. Kedalaman Air Kolam
-Tanda perlu jelas (kontras dan fond melebihi 10cm)
-Setiap bahagian perlu ditanda – kawasan dalam, kawasan cetek.
2. Tanda Air dan Garisan
3. Paip Salur Masuk dan Keluar
4. Kecuraman Dasar Kolam
-Lantai pada dasar kolam renang mesti membentuk curaman (Slope) tidak melebihi :
i. 1m menegak (vertical) dalam 12m melintang (horizontal), di mana kedalaman kurang dari 1.5m.
ii. 1m menegak (vertical) dalam 3m melintang (horizontal), di mana kedalaman melebihi 1.5m
iii. 1m menegak (vertical) dalam 2m melintang (horizontal), di mana kedalaman melebihi 2.0m.

5. Dinding Kolam
6. Saluran Air Berlebihan
7. Skimmers
-Sebahagian daripada sistem kitaran semula air kolam di mana berfungsi untuk membuang air permukaan dan sisa-sisa (debris) secara berterusan.

8. Beban Pengguna
-Mengikut kaedah yang ditetapkan
-Perlu dipatuhi

9. Tangga
-Pengendali perlu menyediakan tangga sekiranya :
i. Kedalaman kolam 6.0m atau kurang – setiap hujung kolam
ii. Kedalaman kolam 6.0m atau lebih – setiap hujung dan setiap sisi kolam
iii. Semua operasi selalu pastikan tangga boleh berfungsi / digunakan

10. Decks
-Lebar sekurang-kurangnya 1.3m sekeliling kolam renang
-Permukaan yang keras dan tahan
-Digunakan juga sebagai tempat untuk operasi menyelamat termasuk CPR.

11. Pencahayaan dan Pengudaraan
-Penggunaan sistem cahaya yang sesuai perlu disediakan terutama sekali pada waktu malam atau kolam renang indoor
-Dipasang pada sudut yang menampakkan kolam renang (permukaan dan dasar) dan lantai tepi kolam (pool deck)

12. Bilik Bersalin
13. Tandas dan Bilik Mandi
-Pastikan dalam keadaan bersih dan selamat digunakan
-Peralatan mencukupi dan berfungsi dengan baik

14. Kawasan Terjun
-Mestilah mempunyai ketinggian yang sesuai dengan kedalaman kolam
-Kedalaman yang tidak sesuai (cetek) akan menyebabkan penerjun menghentam dasar kolam renang yang boleh menyebabkan kecederaan.

TOPIK 4 : KOMPONEN DAN SISTEM PUSINGAN SEMULA AIR DI KOLAM

Pengenalan
-Kitaran semula adalah faktor penting untuk mengekalkan / memastikan kualiti air di kolam renang
-Bersih secara fizikal dan selamat secara biological kepada perenang.

Kepentingan Sistem Pusingan Semula
1. Kesihatan
-Cegah dan kawalan penyebaran penyakit berjangkit
2. Keselamatan
-Rekabentuk dan bahan selamat untuk pengguna kolam renang
3. Kebersihan
-Keindahan dan kebersihan kolam

Konsep Pusingan Semula Air

1. Air Kolam Renang – Di dasar dan permukaan kolam iaitu penyalur (gutter) (Dirawat secara kimia dan biological) à
2. Penurasan – Penapis pasir (Dirawat secara kimia dan biological) à
3. Sistem Kimia – pH, disinfeksi (Dipam semula ke kolam renang)

Carta Aliran Pusingan Semula
(I) Saliran Air Kolam
-Air dari kolam melalui 2 kaedah
i. Sistem Gutter (Saluran)
ii. Main Drain (Saliran Utama)


1. Sistem Gutter (Saluran)
-Gutter terletak pada tepi sekeliling lantai kolam renang
-Sistem berfungsi untuk membekalkan air ditapis ke kolam renang semula.
-Mengawal air di permukaan kolam
-Mengekalkan tahap lapisan (level) air kolam iaitu :
*Perenang masuk (ramai) dalam kolam level air naik. Air naik melalui gutter dan masuk ke tangki pengimbang (balance tank)
*Perenang keluar (kurang) level air kolam turun. Air dalam tangki pengimbang dipam semula ke kolam.

2. Main Drain (Saliran Utama)
-Terletak pada dasar kolam
-Fungsi untuk mengeluarkan sisa-sisa berat dari kolam dan untuk sistem pusingan semula.
-Biasanya mengeluarkan 20% - 30% dari keseluruhan isipadu air kolam
-Berupaya untuk memasukkan semula air kolam 100% isipadu dalam masa 6 jam (Sistem Pusingan Semula)

(II) Sekatan Kasar
-Sebahagian daripada unit pam
-Penyaringan untuk rambut dan kain linen
-Melindungi pam dan penuras daripada rosak

(III) Pam
-Berfungsi untuk menarik diri dari kolam dan menolak melalui penuras / penapis dan dipam semula ke kolam renang
-Pam mesti sentiasa penuh dengan air sepanjang masa
-Jika ada udara banyak masuk ke dalam sistem pam akan menyebabkan aliran air berhenti dan menyebabkan pam terlampau panas dan boleh rosak

(IV) Penurasan
-Air akan melalui sistem penurasan untuk mengawal dari segi biologi dan fizikal
-Terdapat dua proses untuk penurasan dan terdapat 3 jenis untuk penapis / penuras.
-Penerangan secara mendalam akan diterangkan dalam Bab 6.

(V) Disinfeksi
-Untuk memusnahkan mikroorganisma di dalam air yang terkandung dalam kolam renang.
-Terdapat empat jenis untuk disinfeksi yang akan diterangkan dalam Bab 7

(VI) Pengawalan pH
-Fungsi sistem pusingan semula air juga untuk memastikan pH air dalam keadaan yang sesuai.
-Pengawalan paras pH pada air kolam juga memastikan air kolam berada pada tahap spesifikasi ditetapkan.

(VII) Pam Semula (Inlet)
-Air yang telah dirawat tadi akan dipam semula ke dalam kolam renang.
-Air tadi akan melalui “wall inlet” ke dalam kolam renang

(VIII) Flow Meter
-Flow meter digunakan sebagai alat untuk mengawal kadar aliran air.
-Alat ini ditempatkan di beberapa bahagian pada sistem pusingan semula air.
-Biasanya ditempatkan di bahagian selepas proses penurasan bagi memastikan tahap kepuasan penurasan tercapai dengan baik.
-Bahagian lain alat ini ditempatkan adalah selepas gutter (penyalur) yang bertujuan untuk mengira peratusan kadar aliran.

Kesimpulan
Sistem pusingan semula air adalah suatu proses yang berulang dan bertujuan memastikan air kolam pada tahap kualiti yang sesuai dan selamat untuk kegunaan orang ramai.

TOPIK 5 : SISTEM-SISTEM PENGAGIHAN DALAM KOLAM

Pengenalan
-Selepas air yang dirawat secara penapisan dan rawatan kimia ianya mesti diedarkan secepat mungkin dan diserakkan keseluruhan kolam renang.
-Ini memerlukan sistem pengagihan air yang efisien pada kolam renang tersebut.
-Terbahagi kepada 4 jenis sistem pengagihan air yang utama

Jenis-Jenis Sistem Pengagihan Air Di Kolam
1. Sistem “Improved Ribbon Flow”
2. Sistem “Perimeter Flow”
3. Sistem “Surflo”
4. Sistem “Skimflo”

Keperluan Sistem Pengagihan Air Di Kolam Yang Berkesan
i. Mengagihkan kimia secara merata di seluruh kolam
ii. Membuang kotoran di permukaan kolam
iii. Elakkan ruang takungan mati

1. Sistem “Improved Ribbon Flow”
-Dua atau tiga inlet pipe di bahagian depan dan dua atau tiga paip outlet di hujung kawasan cetek.
-Dua atau tiga inlet pipe di bahagian permulaan kawasan dalam dan dua atau tiga paip outlet hujung kawasan dalam.
-Air mengalir secara dua siri “Ribbon” (Bahagian cetek dan dalam)

2. Sistem “Perimeter Flow”
-Inlet dipasang di sekeliling kolam
-Outlet dipasang di tengah kolam
-Air perlimpahan mengalir melalui saluran permukaan

3. Sistem “Surflo”
-Dua jenis iaitu “central surflo” and “side surflo circulation”
-Mengalirkan air permukaan dengan cepat melalui saluran permukaan
-Air masuk dari lantai kolam (tengah atau tepi)
-Air bergerak secara dua bulatan berasingan.


4. Sistem “Skimflo”
-Untuk kolam renang persendirian yang kecil yang mempunyai struktur yang mudah
-Air masuk ke kolam dengan kelajuan tinggi untuk memastikan percampuran dengan cepat.

TOPIK 6 : PENAPISAN UNTUK KOLAM

Tujuan Penapisan
-Bahan / sisa / bendasing yang dibawa oleh perenang, angin dan sekeliling kolam
-Sistem penapisan berfungsi untuk mengeluarkan / memastikan partikal-partikal halus yang menyebabkan air kolam menjadi keruh.
-Kejernihan penting untuk menjamin kebersihan, kesihatan dan estetika.

Proses Penapisan
-“Satu proses di mana satu campuran cecair-pepejal melalui penapis mudah terap di mana bahan pejal akan disekat dan cecair mengalir keluar”

Kadar Penapisan
-Proses pusingan (turnover) tamat apabila kesemua air kembali semula ke kolam
-4 pusingan/hari ataupun 6 jam/pusingan
-48 jam untuk buang kebanyakan 98% bahan terampai

Jenis Proses Penapisan
i. Surface Filteration
-Ukuran bahan terampai adalah lebih besar dari liang/ruang
ii. Depth Filteration
-Bahan pejal akan terperangkap di liang/ruang media di bahagian cetek penapis.

Jenis-Jenis Penapis Untuk Kolam
1. Pasir
2. Cartridge
3. Diatomaceous Earth

Jenis-Jenis Sistem Penapisan Untuk Kolam
1. Pressure Sand Filters
-Jenis “Vertical” (Kecil)
-Jenis “Horizontal” (Lebih besar)
-Komponen asas terdiri daripada berikut :
*Air release valve – Fungsi untuk mengeluarkan udara dalam penapis untuk memastikan penapis sentiasa ada air
*Shell – Diameter secara vertical (2.7m /9 kaki), horizontal (2.4m/8 kaki)
*Access Manhole – Laluan masuk manusia untuk kerja membaikpulih
*Wash water collecting system – Simpanan air untuk tujuan penyucian lapisan penapis – backwash
*Filter Media – Pasir dan batu kelikir
*Underdrain system – Nozzle plate system (Lapisan besi untuk menyokong filter media) dan Lateral pipe system (paip PVC digunakan)
*Differential Head Loss Indicators – Tekanan rendah pada media penapis maka backwash perlu dilakukan
*Frontal pipe work and operating valves
*Air scouring distribution system – Membantu pengaliran udara untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan isipadu air untuk backwash

2. High Rate Sand Filters
-Rupa sama dengan jenis pressure
-Lebih kecil (1/3 daripada pressure type) dan senang dipasang
-Penapis pasir sahaja
-Kadar pengaliran sehingga 20 gelen / minit / kaki persegi
-Tidak perlu “alum”

3. Carthridge Filters
-Jenis penapis yang kecil
-Senang dikeluarkan dan dibersihkan dengan tangan
-Diperbuat daripada kertas dan “Spum binded pleated polyester”
-Mampu menapis zarah saiz 5-10 microns. (Garam biasa 90 microns dan di bawah 35 microns tidak boleh dilihat dengan mata kasar)
-Kurang berkesan dari jenis DE
-Senang dipasang dan agak murah
-Untuk kolam renang kecil sahaja

4. Diatimaceous Earth Filters
-Boleh menapis saiz 3-5 microns
-Rupa sama seperti Carthridge Filters
-“Grids” dipenuhi dengan serbuk putih diperbuat dari berbillion rangka-rangka seni fosil tumbuh-tumbuhan aquatic (diatoms)
-Serbuk ini yang menangkap dan menahan kotoran
-Saiz adalah 1/1000 inci
-Tidak bertindak dengan bahan kimia kolam
-Liang-liang halus 1/1000000 meter
-Lebih berkesan dari pasir dan “carthridge”
-Mampu menapis bakteria, habuk halus dan debunga
-Perlu pengawasan yang rapi dan agak mahal

TOPIK 7 : PENGAWASAN PARAMETER DI KOLAM

Kaedah-Kaedah Disinfeksi Kolam Renang
Terdapat 4 kaedah disinfeksi utama untuk kolam renang :
1. Pengklorinan
-Bahan2 yg m’hasilkan klorin (gas klorin, calcium hypochlorite, sodium hypochlorite)
-Bahan2 p’stabil klorin (Sodium trichloroisocyanurat)
-t/bls klorin dgn air
-t/bls klorin dgn bhn ammonia
-ciri2 chloroamines
-ciri2 asid hypochlorous (HOCL) t’masuk kesan pH dan cahaya matahari

TOPIK 8 : PENYELESAIAN MASALAH DALAM KOLAM

Masalah-Masalah Yang Berkaitan Dengan Kolam Dan Penyelesaian
1. KEKERUHAN
Penyebab
a. Kurang “Backwashing”
b. Kurang “floc” pada penapis pasir
c. Debu hasil tiupan angin
d. Kitaran semula lemah
Penyelesaian
a. “Backwash”
b. Tambah alum
c. Lebih “vacuuming”
d. Kekalkan kadar aliran dan semak penapis – lakukan “backwash” kerap jika perlu

2. PERTUMBUHAN ALGAE DI DINDING / DASAR KOLAM
Penyebab
a. Cuaca panas
b. Suhu kolam tinggi
c. Kitaran semula kolam lemah
d. Keadaan dinding tepi kolam lembap (basah)
e. FAC rendah
Penyelesaian
a. Kekalkan tahap FAC tinggi
b. Kekalkan suhu di bawah 26.7’C (80’F)
c. Semak kecekapan pam, outlets dan kadar aliran air
d. Hapuskan segera. Guna klorin kering untuk m’bersih
e. Kekalkan FAC melebihi 5.0 ppm semalaman. Berus dinding kemudian vakum. Tambah algicide dan selaraskan pH.

3. BAU KLORIN, IRITASI MATA DAN KULIT
Penyebab
a. CAC terlalu tinggi
b. Kepekatan pH tidak betul
Penyelesaian
a. Superchlorinate utk kurang CAC, dilarutkan (Dilute)
b. Sesuaikan pH

4. AIR KOLAM BERWARNA
MASALAH
(i) Kehijauan
Penyebab
-Pertumbuhan algae
-Besi melarut
Penyelesaian
-Superchlorine, FAC m’cukupi
-Superchlorine akan tukar larutan besi kpd mendapan hijau-coklat di mana boleh divakum

(ii) Merah-coklat (Kekeruhan)
Penyebab
-T’lebih stabilisasi
-P’gunaan bromine tidak betul
-Besi melarut
Penyelesaian
-Pencairan
-Pencairan
-Vakum

(iii) Coklat Gelap
Penyebab
-Kurang “backwash”
-Kurang penapisan
Penyelesaian
-“Backwash”
-Tingkatkan p’gerakan penapisan

(iv) Coklat, Biru, Hitam
Penyebab
-Perubahan p’gerakan penapisan
-Coklat- besi, biru – kuprum, hitam – manganese
Penyelesaian
-Tingkatkan masa dan kadar “backwash”, tukar pasir (penapis)
-Tingkatkan pH kpd 7.8 dan vakum mendapan dasar kolam

5. KLORIN
MASALAH
(i) P’gunaan klorin tinggi
Penyebab
-“bather load” tinggi, tinggi kekotoran, hujan lebat atau angin kuat
-P’mintaan klorin telah turun melepasi kadar bekalan
Penyelesaian
-Superchlorinate
-Tutup “chlorinator”, pelarutan, p’udaraan, cahaya matahari, penambahan agen penyah klorin

(ii) Baki klorin tinggi
Penyebab
-Melebihi paras pengimbang
-Kadar bekalan terlalu rendah
-Permintaan melebihi tahap normal sebab perenang ramai, cuaca panas, algae, sampah (daun etc) masuk ke kolam (angin)
Penyelesaian
-Dilarutkan
-Tingkatkan kadar bekalan
-Penambahan klorin

(iii) Baki klorin rendah
Penyebab
-Hakisan sis. p’klorinan
-Paras pengimbang rendah
Penyelesaian
-Tutup unit klorin dan diperiksa
-Tingkatkan pengimbang ke tahp 50 ppm cyanuric acid

6. pH TINGGI DAN pH RENDAH
MASALAH
(i) pH tinggi
Penyebab
-Algae
-Penyesuaian pH tinggi
-Disinfeksi HOCL
Penyelesaian
-Superchlorinate dan sesuaikan pH
-Turunkan pH
-Turunkan pH
(ii) pH rendah
Penyebab
-Dos pH/klorin tidak tepat
Penyelesaian
-Tingkatkan pH

7. PASIR DALAM KOLAM
Penyebab
a. Kegagalan system “underdrain” penapisan
b.Saiz untuk pasir tidak cukup
Penyelesaian
a. Alihkan / keluarkan penapis pasir, periksa dan tukar “underdrain” jika perlu
b. Penapis pasir kenalah menepati spesifikasi pengilang

8. PEMBENTUKAN “SCALE” (SISIK) PADA DINDING KOLAM DAN PERALATAN
Penyebab
a. pH terlalu tinggi
b. Jumlah alkalinity t’lalu tinggi
c. Kekerasan kalsium t’lalu tinggi.
Penyelesaian
a. Seimbangkan air kolam m’ikut Langelier’s saturation index

9. “SCUM” PADA DINDING KOLAM
Penyebab
a. Kekurangan “skimming”
b. Minyak badan dan losyen kosmetik dari perenang
Penyelesaian
a. Tingkatkan kadar aliran melalui skimmer. Gosokkan dinding kolam
b. Cucikan dgn sabun dan air suam sblm masuk kolam. Disarankan guna “shower cap”. Gosokkan dinding kolam.

10. “POOL DECK” LICIN
Penyebab
-Pertumbuhan algae
Penyelesaian
-Bersihkan dgn 100 ppm sebatian hypochlorite. Biarkan, kemudian bersihkan kwsn t’sebut. Ulangi dgn larutan kuat jika perlu.

TOPIK 9 : PENGAWASAN KUALITI AIR REKREASI

Definisi
1. Air Tawar
-B’mksd badan air spt tasik s/jadi / buatan, sungai / anak sungai, parit & empangan.

2. Pantai Air Tawar
- Pantai air tawar tempat p’khemahan di sepanjang sungai

Punca-Punca Pencemaran
1. Kumbahan
-Kegagalan sis. rawatan
-Air larian p’mukaan
-Sistem rawatan separa
2. Sis. Pengepaman
3. Tandas Awam
-Portable
4. Bot / Sampan
5. Banjir
6. Najis
-Ladang ternakan : lembu, khinzir (parasit Giardia & Cryptosporidium)
7. Enap cemar (Sludge)
-Runoff & rainfall
-Landscape
-Pertanian (Saliran)
8. Air Larian Permukaan
-Hujan lebat
-Gutter
-Longkang (Storm drain) : decaying organic matter
-Cuaca kering – urban runoff
9. Swimmer To Swimmer
-Swimmer
-Bathers
-Surfers
-Fishing population
-Infants / Young Child

Organisma Petunjuk
-Total coliform
-Faecal coliform
-Streptococcus
-Enterococcus

Organisma Petunjuk (Pencemaran) Air Tawar – Escherichia coli

Tahap-Tahap / Piawaian-Piawaian (Level)
1. Single Sample
-Total coliform (1000/100ml)
-Faecal coliform (400/100ml)
-Streptococcus (235/100ml)
-Staphylococcus enterococcus (61/100ml)

2. 30 Day Average Value (5 hari sekali dalam masa 30 hari)
-Total coliform (1000/100ml)
-Faecal coliform (200/100ml)
-E.coli (126/100ml)
-Staphylococcusenterococcus (33/100ml)

Perancangan Persampelan dan Analisis
-Lokasi p’sampelan
-Kekerapan p’sampelan
-Masa p’sampelan
-J/waktu p’sampelan
-Kedalaman p’sampelan

1. Lokasi Persampelan
-Tempat kerap kegunaan pengunjung / rekreasi
-Kawasan t’dedah dgn p’cemaran

2. Kekerapan (Frequensi) Persampelan
-Mingguan (kurang dari seminggu seelok-eloknya)
-Minimum – B’gantung kpd rekod p’cemaran sebelum, kepenggunaan, keadaan semasa, potensi hazad kesihatan.

3. Masa Persampelan
-Pada masa pemandi ramai (High Bather Load)
-Lokasi dan masa yang sama

4. Jangka Waktu Persampelan
-Musim cuti
-Perayaan (Bil pemandi adalah tinggi)
-Musim panas (April hingga Oktober)

5. Kedalaman Persampelan
-Di antara lutut dan buku lali (12 hingga 24 inci)

Protokol Persampelan Pantai Air Tawar
-Buat Kajian Kebersihan (Sanitary survey)
-Pengesanan tumpahan kumbahan (sewage spill)
-Pemantauan storm water runoff (apabila hujan lebat dan banjir)
-Beach posting (utk mengesan p’cemaran atau p’ubahan yg akut)
-Prosidur Closure / Reopening Pantai Air Tawar (Garispanduan)

Kajian Kebersihan
-Prosedr serupa dgn kajian kebersihan yg dijalankan utk loji rawatan air

Kajian Kebersihan (Pantai Air Tawar)
Tujuan Utama : Mengenalpasti punca/penyebab pencemaran
-pusingan air (circulation) tidak sempurna
-bilangan pemandi yg ramai (heavy bather load)

Merancang Perjadualan Persampelan
-Mengenalpasti / Menentukan lokasi persampelan
-Menentukan frekuensi persampelan
-J/masa atau J/waktu untuk persampelan (pada masa yg sama setiap hari)
-Kedalaman (depth) persampelan (12-24 inci di bawah permukaan air)

Teknik Persampelan dan Peralatan
Rujuk kpd teknik2 & peralatan persampelan air untuk Program Kawalan Mutu Air Minum Kebangsaan